• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Belum Muktamadkan Pembahagian Kerusi

oleh Ahmad Albab
19/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pembahagian kerusi pilihan raya di Johor bagi Pilihan Raya Umum akan datang dalam kalangan parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) masih belum dimuktamadkan walaupun terdapat perbincangan mengenainya hari ini, kata Presiden Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita hanya bincang secara prinsip, namun, tiada keputusan dibuat kerana urusan berkenaan sedang dibuat di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas antara pimpinan PH Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim.

Muhyiddin berkata menerusi mesyuarat hari ini juga, PH Johor bersetuju menubuhkan Majlis Pengerusi-Pengerusi PH Johor yang dianggotai pengerusi keempat-empat parti berkenaan sekali gus berperanan membincangkan strategi dan program yang akan diatur bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Berikutan kecenderungan PAS untuk bergerak secara solo dalam pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata PH perlu mengatur strategi menghadapi kemungkinan pertandingan lebih daripada dua atau tiga penjuru.

Buat masa ini, Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, PKR, Amanah dan PPBM. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin Yassinpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd