Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

RUU Sewa Kediaman Dibentang...

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Sewaan Kediaman yang akan mengawal selia hubungan...

Tak Sedar Sebenarnya 4...

BAYANGKAN, hampir empat tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, tiba-tiba mengetahui si...

Bung Kesal, Dakwa Kabinet...

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin kesal dengan barisan kabinet baru...

Beg Berat: KPM Akan...

Kementerian Pendidikan (KPM) masih meneruskan usaha menukarkan bahan sistem pendidikan termasuk daripada buku...

Pesta Timba, Tangkap Ikan ‘Darat’ Gamit Nostalgia

TUMPAT – Pesta menimba dan menangkap ikan ‘darat’ yang diadakan di Kampung Jal Kechik di sini, ternyata menggamit nostalgia apabila mendapat sambutan penduduk, terutama warga emas.

Pesta tersebut diadakan bagi mengekalkan aktiviti tradisi menangkap ikan darat yang sering diadakan pada musim kemarau dan sinonim dengan masyarakat Kelantan, selain mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat bergotong-royong dalam kalangan penduduk.

Penghulu Mukim Delima, Wakaf Bharu, Hassan Dollah, 52, berkata penduduk menunjukkan keterujaan untuk menyertai pesta tersebut apabila ada tiba seawal 7 pagi walaupun kerja mengepam keluar air dari kolam atau lubuk ikan dilakukan pada 8.30 pagi.

“Masing-masing tidak sabar untuk menangkap ikan darat yang mula timbul di permukaan lumpur selepas air dikeringkan kira-kira dua jam kemudian,” katanya kepada pemberita pada program Pesta Menimba dan Igak Ike (tangkap ikan) di Kampung Jal Kechik di sini, hari ini.

Seramai 30 penduduk mendaftar sebagai peserta dan berjaya mengumpul kira-kira 100 kilogram ikan terdiri daripada ikan haruan, keli, puyu dan sepat.

Hassan berkata apa yang lebih menarik ikan yang ditangkap itu dimasak secara gotong-royong di kawasan berdekatan kolam untuk dinikmati semua pengunjung yang datang.


Sementara itu seorang peserta, Mohd. Faisal Loman, 35, berkata beliau tidak melepaskan peluang untuk menyertai program tersebut dengan membawa anaknya, Mohd Akhil Amirul, 7, turut serta menangkap ikan.

“Aktiviti ini jarang diadakan sekarang. Ia bukan aktiviti riadah biasa tetapi mampu memberi pengalaman berbeza buat generasi baharu dan memastikan tradisi lama terus dikekalkan,” katanya.

Pesta yang turut mendapat sambutan penduduk luar Tumpat itu dianjurkan Anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Baharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi serta bakal dijadikan acara tahunan kawasan tersebut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ikan

Kategori