• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

oleh AK-47
28/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian air pasang merah yang berlaku di perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, Balik Pulau, dekat sini sejak Sabtu lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata dalam masa sama pihaknya akan terus memantau fenomena itu yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan nelayan di kawasan terlibat kerana banyak ikan dan hasil laut mati.

“Kejadian itu (banyak ikan mati) dipercayai berpunca daripada red waves (air pasang merah), ini memang satu gejala yang berlaku dari semasa ke semasa dan saya dimaklumkan ada kejadian ini.

“Kita (kerajaan negeri) akan dapat maklumat lanjut daripada Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar, kita akan pantau kejadian ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, nelayan bimbang dengan fenomena itu yang didakwa berlaku sejak dua hari lalu kerana ia telah menyebabkan ikan dan hidupan laut mati, iaitu bermula kira-kira satu kilometer daripada kawasan Muka Head hingga ke kawasan pesisir pantai di sekitar Teluk Bahang.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Teluk Bahang Johari Mohamad berkata kebanyakan nelayan menyedari kejadian itu selepas terdapat jalur-jalur berwarna merah di permukaan laut dan ikan secara tiba-tiba timbul di permukaan sebelum mati dan terapung.

Katanya fenomena jaluran warna merah memanjang di tengah laut boleh dilihat dengan jelas dan keadaan air laut juga tidak secantik seperti selalu sejak dua hari lepas.

“Kejadian sama pernah berlaku pada awal tahun ini dan banyak ikan mati, masa itu dalam tiga hingga empat hari nelayan tidak turun ke laut.. kami (nelayan) bimbang sekiranya fenomena air pasang merah itu berterusan sehingga menyebabkan hasil laut menyusut,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Datuk Dr Aileen Tan berkata fenomena itu dipercayai berpunca daripada sejenis plankton yang dikenali sebagai Dinoflagellate, Noctiluca Scintillans.

“Kejadian yang sama telah berlaku pada April lepas semasa musim panas iaitu beberapa hujan yang membawa nutrien dari darat ke lautan.

“Dinoflagellate ini bersaiz besar dan mampu menyumbat insang ikan selain bersaing untuk mendapatkan oksigen pada waktu malam semasa mekar,” katanya.

Beliau berkata pasukannya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kematian ikan di kawasan terlibat namun berdasarkan hipotesis ia mungkin disebabkan oleh kawasan anoksik atau ketiadaan oksigen di laut dan juga penyumbatan insang ikan.

Katanya, pembiakan plankton Noctiluca Scintillans berpunca daripada variasi dalam faktor persekitaran seperti suhu atmosfera (dikaitkan dengan hujan yang tinggi) yang boleh mengakibatkan perubahan suhu permukaan laut serta ketersediaan nutrien terlarut.

-Berita Harian

Tags: Air Pasang MerahHidupan LautIkanPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd