• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Lang Merah Bermalam Depan Kaunter

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Terdapat penyokong tegar skuad Lang Merah yang sanggup bermalam di depan kaunter tiket bagi memastikan mereka tidak berputih mata untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan final Piala FA antara Kedah dan Pahang di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

“Saya dan kawan-kawan saya tidur di atas tikar yang dihampar di hadapan pintu kaunter tiket. Kami bermalam sejak pukul 7 malam tadi. Kami akan pergi ke stadium Sabtu ini dan berharap Kedah akan menang 2-1,” kata Ahmad Firdaus Baharom, 30, dari Gurun yang berkhemah di depan kaunter.

Dalam tinjauan pagi tadi, lebih 3,000 penyokong bersesak-sesak beratur dengan pelbagai ragam dan gaya sejak beberapa jam sebelum empat kaunter tiket di Stadium Darul Aman mula dibuka mulai 10 pagi.

Dan jualan tiket yang berharga RM50 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya dihadkan sebanyak tiga keping bagi seorang pembeli.

“Saya berhasrat untuk membuat larian (dari Stadium Shah Alam ke Stadium Darulaman) buat kali ketiga sekiranya Kedah menang. Larian mungkin mengambil masa selama enam hari dan sekiranya tidak sempat, saya mungkin akan meneruskan larian pada bulan puasa,” kata Nasir Abbas, 62, yang amat teruja dengan tiket tergenggam erat dalam tangannya.

Semasa final Piala Malaysia 2015, beliau melakukan larian selama 10 hari sejauh lebih 500 kilometer dari Shah Alam hingga Alor Setar, walaupun Kedah kalah kepada Selangor dalam perlawanan itu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Shaharol Niza Omar berkata 12,000 tiket terjual dalam tempoh hampir dua jam sahaja.

“Satu kaunter tiket khas untuk penyokong wanita juga dibuka bagi memudahkan pembelian tiket dan keadaan adalah terkawal dengan bantuan pihak polis,” katanya.

Pahang dan Kedah masing-masing menerima 32,000 keping tiket bagi penyokong dewasa manakala bagi kanak-kanak sebanyak 750 keping. – BERNAMA

Tags: Kedah FAPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd