• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaja Bazar Perlu Perbaiki Tahap Kebersihan

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjagaan dan kualiti kebersihan makanan di bazar-bazar Ramadan di sekitar ibu kota masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi mengelakkan isu pencemaran dan keracunan makanan daripada berlaku.

Pengarah Eksekutif Pembangunan dan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ibrahim Yusoff berkata walaupun kesedaran dalam menjaga kebersihan makanan sudah wujud dalam kalangan penjaja, namun jumlah sampel makanan tercemar yang diambil masih mencatatkan jumlah yang tinggi.

“Pada tahun 2015, daripada 1,005 sampel makanan yang diambil, sebanyak 346 sampel atau 34.4 peratus didapati gagal menepati standard kebersihan makanan manakala pada tahun 2016, 229 (38.8 peratus) daripada 590 sampel makanan juga tercemar.

“Penjaja yang didapati melanggar standard ini akan dikenakan notis kompaun dan disenaraihitamkan oleh Jabatan Pelesenan dan Penjaja DBKL selain dilarang untuk berniaga di mana-mana bazar Ramadan pada tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada Program Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2017, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Norhayati Abdullah serta Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sazali Harun.

Ibrahim berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 50 notis kompaun dikeluarkan kepada penjaja yang gagal menyediakan makanan bersih manakala sebanyak 59 notis kompaun dikeluarkan menerusi aktiviti pemantauan sanitasi di gerai-gerai bazar Ramadan.

“Tahun ini, sebanyak 840 sampel makanan akan diambil dari 14 tapak bazar Ramadan utama di Kuala Lumpur dan juga melibatkan pemeriksaan dari aspek sanitasi ke atas penjaja dan gerai mereka,” katanya.

Antara standard kebersihan yang ditetapkan oleh Unit Keselamatan Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ialah mendapatkan suntikan anti tifoid, memakai apron, sarung tangan dan topi semasa menjual makanan serta menyediakan penyepit untuk mengambil makanan.

Sementara itu, Dr Norhayati berkata jabatannya menyasarkan penurunan sebanyak 20 peratus dalam keseluruhan jumlah sampel makanan tercemar pada tahun ini.

Beliau turut menggesa para pelanggan di bazar Ramadan agar segera menegur penjaja makanan yang tidak mengamalkan pengurusan pembersihan yang baik seperti berpakaian kotor, persekitaran tercemar dan sebagainya.

“Pelanggan juga harus menjaga kebersihan ketika membeli makanan khususnya tidak terus memegang makanan yang dihidangkan tanpa menggunakan senduk atau penyepit kerana tangan kita berisiko menyebarkan pelbagai jenis bakteria terhadap makanan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bazar ramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

Harga Juadah Bazar Ramadan: Tamak Atau Terpaksa?

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub TAHUN ini kerajaan tampil membanteras kewujudan ‘middleman’ yang didakwa mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.   Pihak...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd