• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Didenda RM50,800 Gagal Kemuka Penyata GST

oleh AK-47
05/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pihak pengurusan sebuah hotel yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) didenda RM50,800 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi kesalahan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Syarikat Putra Palace Sdn Bhd yang diwakili anggota pentadbirannya mengaku bersalah selepas 10 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit Siasatan GST, Bahagian Penguatkuasaan Kangar, sejak 1 Jani 2015 hingga Jun 2016.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman memerintahkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda itu. Syarikat membayar denda tersebut.

Sementara itu, tiga Ahli Lembaga Pengurusan PKENPs turut mengaku bersalah terhadap 10 lagi pertuduhan sama yang dilakukan pada tempoh, tempat dan tarikh yang sama.

Hakim Azman memerintahkan Norsiake Kassim yang mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan berkenaan didenda RM18,600, sementara Mohd Nazar Ismail dan Hasmadi Ibrahim yang masing-masing mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan didenda RM3,600 setiap seorang.

​​​​​​​Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis Azmadi Zakaria manakala Putra Palace Sdn Bhd dan tiga ahli lembaga pengurusan PKRNPs diwakili peguam Siti Hajar Abdullah. – BERNAMA

Tags: didendaGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd