Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Harimau Selatan Mengamuk Baham...

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran kepada pencabar Kumpulan I,...

TNB Meterai 2 Pembelian...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menandatangani dua perjanjian pembelian tenaga...

Kerana iPhone Hilang, Sampah...

JIKA anda seorang yang selalu bersiar-siar, maka tidak salah untuk lebih berhati-hati dalam...

Remaja Ditangkap Semula Hasil...

BODOH betul remaja ini, Amy Sharp yang berusia 18 tahun. Dia menyangka tindakannya...

Pengguna Stesen Minyak Diminta Jaga Keselamatan

LARUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini meminta pengguna supaya menjaga keselamatan apabila berada di stesen minyak bagi mengelak sebarang risiko kemalangan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tahap sambil lewa pengguna di negara ini semasa berada di mana-mana stesen minyak masih berada pada tahap sederhana.

“Keselamatan adalah penting kerana pengguna terdedah dengan bahaya bahan petroleum dan stesen minyak akan menutup operasi apabila berlaku kes kebocoran minyak di stesen mereka demi keselamatan terhadap pengguna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum di Selama dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata kementerian mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dalam meluluskan sebarang permohonan untuk menjual vape termasuklah perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bagi mengetahui sama ada ia mengandungi nikotin atau tidak.


Terdahulu, Hamzah dalam ucapannya berkata kerajaan sememangnya prihatin kepada pengguna yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dengan tidak menaikkan harga gas petroleum cecair (LPG) di negara ini.

“LPG adalah barangan yang dikawal kerajaan dan harganya tidak naik sejak enam tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Kategori