• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

oleh Mohd Arshad
03/12/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali gus menjadi petanda jelas bahawa gabungan itu adalah wadah utama politik orang Melayu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, majoriti 37,220 undi yang diterima Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan menyaksikan lonjakan lebih 10,000 undi, juga bukti jelas bahawa rakyat menolak kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keputusan PRK Kemaman ini adalah suatu tamparan hebat kepada Anwar dan ia adalah hadiah ulang tahun pertama kegagalan pentadbiran PMX (Anwar).

“Pada masa sama, kemerosotan undi sehingga 10,757 undi yang diterima UMNO dalam PRK ini berbanding PRU-15, membuktikan berlakunya peralihan sokongan besar-besaran pengundi UMNO kepada PN dan tentunya hal ini ada kaitannya dengan kerjasama UMNO bersama Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi catatan di Facebook.

Pas mempertahan kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti besar selepas Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi berbanding calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Majoriti yang diperoleh Menteri Besar itu lebih tinggi berbanding majoriti yang diperoleh penyandang kerusi itu, Che Alias Abd. Hamid (27,179 undi) pada PRU15 lepas.

Terdahulu, Hamzah menzahirkan rasa syukur kepada Allah yang memberi kemenangan kepada PN di PRK Kemaman.

“Terima kasih kepada pengundi yang telah memilih PN dan terima kasih kepada seluruh jentera pilihan raya PN yang bertungkus-lumus sejak dari hari pertama kempen.

“Kepada sahabat saya Ahmad Samsuri, selamat datang ke Parlimen. Sudah tentu Dr. Sam bakal memberi nilai tambah yang berganda kepada kualiti PN,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Hamzah ZainuddinPolitik Orang MelayuPRK Kemaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Umum Rebat 30 Peratus Cukai Harta Di 5 PBT

Kalah Kemaman, BN Perlu Muhasabah Diri

03/12/2023
0

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam dan bermuhasabah diri....

PRK Kemaman: PDRM Larang Perarakan Kemenangan

PRK Kemaman: PDRM Larang Perarakan Kemenangan

02/12/2023
0

KEMAMAN – Semua penyokong parti bertanding dilarang mengadakan perarakan selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diumumkan pada malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd