• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengedar Dadah Antara 3 Ditahan Dalam Op Tapis

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengedar dadah antara tiga yang ditahan dalam serbuan Op Tapis di sebuah rumah di Felda Palong 4, Gemas dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Derah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor berkata kesemua suspek yang ditahan berusia antara 26 hingga 38 tahun dan turut dirampas dalam serbuan berkenaan dadah jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira RM1,000.

“Ketika serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, suspek lelaki ini bersama dua lagi rakannya iaitu masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita sedang duduk di ruang beranda bahagian hadapan rumah tersebut dan dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah yang dijual sambil menghisap dadah.

Hasil pemeriksaan di tempat duduk kesemua suspek telah menjumpai satu bekas tin rokok warna merah di atas lantai rumah tersebut yang didalamnya didapati terdapat satu peket plastik lutsinar dan tiga tiub straw berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 20 gram dan dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 3.10 gram,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pengedar dadah berusia 38 tahun yang ditahan dalam serbuan itu merupakan penduduk tempatan Felda berkenaan dan disyaki mengedar dadah di kawasan itu.

“Semasa ditahan didapati kesemua mereka berada dibawah pengaruh dadah. Kesemua suspek ini juga mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah. Kita percaya mereka ini telah terlibat dengan pengedaran dadah sejak sebulan lalu. ,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama seminggu bermula semalam.

Noorzainy berkata polis percaya dengan tindakan serta operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas pengedar dadah di daerah ini terutama di kawasan Felda, sedikit sebanyak dapat menyekat bekalan dadah di daerah Jempol ini.

“Saya turut berharap kerjasama dari masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah yang berlaku di daerah ini. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd