• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembatalan Projek Bandar Malaysia Tak Rugikan Johor

oleh Ahmad Albab
15/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pembatalan Perjanjian Projek Bandar Malaysia tidak mendatangkan kerugian kepada kerajaan Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Iskandar Waterfront Holdings (IWH), kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya isu tanggungan sejumlah RM1.78 bilion serta pembayaran deposit RM178 juta yang dikaitkan dengan KPRJ adalah tidak benar sama sekali.

Beliau berkata segala perbelanjaan termasuk kos pelaburan ditanggung melalui pendahuluan tunai IWH dan China Railway Engineering Corporation (CREC) tanpa melibatkan sebarang dana daripada KPRJ.

“Di peringkat IWH pula, tiada kerugian atau bayaran deposit yang hangus. Ini kerana, berdasarkan perjanjian jual beli tersebut, semua deposit akan dipulangkan sekiranya pembatalan kerana tidak menepati prasyarat perjanjian.

“Malah, anak syarikat IWH, IWH CREC Sdn Bhd (ICSB) sudah menerima segala bayaran deposit berjumlah RM785 juta pada Selasa lalu (9 Mei). Oleh itu, tiada isu kerugian kepada IWH, KPRJ serta kerajaan negeri akibat pembatalan ini,” katanya pada sesi penggulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Mohamed Khaled, bagaimanapun menegaskan kehilangan peluang untuk terlibat dan menjana keuntungan daripada projek Bandar Malaysia adalah amat dikesali.

“Sebagai pemegang saham dalam IWH melalui KPRJ, kerajaan negeri akur dengan pendirian TRX City Sdn Bhd dan menerima keputusan diputuskan ICSB. Kita percaya ia keputusan bersifat komersial, profesional dan tidak harus dipolitikkan,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled meminta semua pihak supaya tidak keliru antara Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan Negeri Johor dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana Menteri kerana kedua-duanya mempunyai fungsi berbeza.

Beliau berkata Jawatankuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan Negeri Johor berperanan mengemukakan pandangan bernas kepada kerajaan negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengenai peluang ekonomi yang boleh diterokai pada masa depan.

“Tidak wajar kita tidak memikirkan secara serius tentang ekonomi masa hadapan bermula dari sekarang sedangkan terdapat banyak kajian serta penyelidikan menunjukkan kedinamikan serta bentuk ekonomi yang akan berlaku sangat kompleks, mencabar serta memerlukan persediaan rapi sejak awal,” katanya.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak boleh hanya berharap segala-galanya kepada UPEN yang berkemampuan merancang, mengurus dan mentadbir dengan penuh integriti, baik dan beramanah.

“Adalah penting untuk UPEN turut mendapat input serta saranan daripada pelbagai pihak luar dan pemain industri dalam memastikan dasar serta pacuan ekonomi negeri berjalan dengan baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

Dua Anggota MALBATT 850-13 Cedera Ringan Insiden Serangan Udara

Dua Anggota MALBATT 850-13 Cedera Ringan Insiden Serangan Udara

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 mengalami kecederaan ringan akibat kesan sampingan insiden serangan udara yang berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd