• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Pitam, 4 Murid Cedera Nahas Ke Sekolah

oleh AK-47
23/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Empat murid lelaki tidak sempat menduduki peperiksaan pertengahan tahun apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas berhampiran Bandar Seri Putra, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa terdiri daripada empat pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, semuanya berusia dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun, dilaporkan cedera dengan dua daripadanya mengalami kecederaaan di bahagian kepala.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Fahmi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 1.18 tengah hari pada Selasa.

Mangsa kemalangan tersebut hanya dikenali sebagai Hasridz Zaim, 8, dan Faris Arshad, 9, manakala identiti dua lagi murid sekolah rendah terbabit tidak pula didedahkan.

“Kemalangan dipercayai berpunca akibat pemandu kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki empat murid sekolah itu secara tiba-tiba jatuh pitam ketika sedang memandu.

“Ia menyebabkan kenderaan tersebut merempuh pula sebatang pokok berhampiran dengan bulatan di sebuah taman perumahan di sini,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Pemandu Pitam, 4 Murid Cedera Nahas Ke Sekolah

Menurut beliau, semua mangsa termasuk pemandu yang turut cedera telah pun dibawa ke Hospital Serdang dekat sini untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Fahmi menambah kes nahas berkenaan kini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mengendalikan kenderaan. – MYNEWSHUB.CC

* Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: budak sekolahkemalanganmurid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd