Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

MPP UiTM Gesa Tindakan...

KUALA LUMPUR : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyelar tindakan...

Kes Saman Vivy: Netizen...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang netizen yang disaman Datin...

MSN Bukit Jalil Gelanggang...

PETALING JAYA - Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil menjadi venue atau gelanggang...

Habiskan RM1,200 Bedah Ikan...

LONDON - Gara-gara terlalu sayangkan ikan emas peliharaannya, seorang lelaki sanggup berhabiskan £200...

Pelajar Kolej Swasta Ditahan Miliki Ganja Di Miri

MIRI – Seorang pelajar lelaki dari sebuah kolej swasta di sini ditahan kerana memiliki ganja seberat 801 gram bernilai RM12,000 dalam satu operasi dilakukan pada Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata, suspek berusia 19 tahun ditangkap pada 1.30 tengah hari di hadapan sebuah kedai makan di bandar baharu Permyjaya Miri.

“Hasil penahanan itu, polis menyita wang tunai RM1,000 daripada suspek, yang tiada rekod jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai 19 Mei hingga 25 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.


Dalam kes berlainan, beliau berkata polis menahan seorang penganggur lelaki berusia 36 tahun di Sibu serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM23,450 pada 9.15 malam pada Sabtu lepas dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Kategori