• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Beri Kebebasan Kepada Anggota PKR Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
17/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk meletak jawatan atau pun kekal berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Kelantan.

Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia terpulang kepada pemegang jawatan masing-masing walaupun mesyuarat Biro Politik PKR mengarahkan mereka supaya meletakkan jawatan.

“Bagi kita dalam konteks PAS, kita di Kelantan kita buat keputusan untuk mengekalkan mereka (anggota PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri). Tapi kalau mereka mengambil keputusan tarik diri atau letak jawatan, itu adalah pilihan mereka.

“Sama ada mereka sendiri ataupun mereka diarahkan oleh parti, (letak jawatan), itu dibenarkan oleh undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata bahawa parti itu memutuskan supaya semua lantikan politik anggota PKR dalam kerajaan Kelantan melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta dan keputusan itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini berkata PAS Kelantan berharap agar mana-mana anggota PKR yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak meletakkan jawatan.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, berkata beliau mengalu-alukan anggota PKR berkenaan terus kekal dengan jawatan masing-masing dan terus dapat menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.

“Kita tidak merasakan sebagai keperluan untuk mengarahkan anggota PKR meletak jawatan. Jadi sekarang ini terserah kepada mereka, kalau mereka memilih untuk kekal itu lebih baik dan kita mengalu-alukan keputusan itu.

“Kami di Kelantan ini berharap kawan-kawan kita (anggota PKR) masih kekal dengan pelantikan mereka untuk terus memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.

Mengulas perkara sama, Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata pihaknya sedang menunggu surat rasmi daripada ibu pejabat parti berhubung hal berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil.

“Memang arahan itu kita ada terima melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook tetapi itu hanya kenyataan umum. Buat masa ini kita mengambil pendekatan untuk menunggu surat rasmii,” katanya.

Tanpa menyebut jumlahnya, Ab Aziz berkata terdapat anggota PKR dilantik sebagai penghulu tanpa mukim, penyelia Dewan Undangan Negeri dan anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Khamis lepas, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR berikutan tindakan parti itu melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara PAS dan PKR yang terjalin sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11). – BERNAMA

Tags: Datuk Takiyuddin HassanPASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd