• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAP Desak ROS Segera Selesai Siasatan Status DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyelesaikan segera siasatan berhubung status DAP sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Pengerusinya Rahmad Isahak berkata siasatan sudah terlalu lama sehingga menjangkau lebih tiga tahun dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku melainkan DAP telah mengatasi bidang kuasa RoS.

Beliau mendakwa status anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang hingga kini belum mendapat pengiktirafan menggambarkan seolah-olah RoS tidak profesional dalam melakukan siasatan terhadap parti itu.

Dengan kedudukan itu, DAP sebenarnya tidak boleh meluluskan keanggotaan parti atau mengutip yuran daripada anggotanya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

RoS sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC diadakan semula selepas wujud dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi pada pemilihan 15 Dis 2012.

Pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013 juga belum diiktiraf selain mendapat bantahan daripada bekas anggota parti itu yang mendakwa menerima undi daripada perwakilan sedangkan tidak lagi menjadi ahli DAP. – BERNAMA

Tags: DAPROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd