• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima ATM Terima Kunjungan Rakan Sejawatnya

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Suraphong Suwana-adth di pejabatnya di Wisma Pertahanan di sini.

Markas ATM, dalam kenyataan, berkata lawatan rasmi Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand itu adalah bersempena mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) ke-34, di sini hari ini.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan tertinggi dalam angkatan tentera Thailand itu pada Oktober tahun lepas.

Terdahulu, ketibaan Suraphong di Wisma Pertahanan diberi sambutan istiadat ketenteraan dengan perbarisan Kawalan Kehormatan Utama oleh tiga pegawai dan 103 anggota pangkat lain dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Riduan Mohd Basheer.

Hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad. – BERNAMA

Tags: ATMRaja Mohamed AffandiThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender...

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd