• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Sifatkan PAS Parti Khurafat!

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan PAS sebagai sebuah parti politik yang menyebarkan khurafat dalam kalangan umat Islam negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil berkata, ia kerana bukan hanya PAS memperjuangkan Islam, tetapi Pakatan Harapan yang diketuai DAP turut memperjuangkan agama Allah S.W.T.

“Jika hanya UMNO memperjuangkan Melayu adalah khurafat, tetapi hari ini hegemoni hanya PAS memperjuangkan Islam adalah khurafat baru,” dakwanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang semalam.

Faiz berkata demikian berikutan berang dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak menjamin kedaulatan Islam di Malaysia.

PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP. Pakatan Harapan memeterai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

PPBM ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menerima pelbagai jolokan tidak senonoh termasuk Maha Firaun dan Maha Zalim oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan bagaimanapun sanggup bekerjasama dengan Mahathir selepas beliau berpaling tadah daripada UMNO kerana yakin Mahathir mampu memastikan ramai ahli UMNO mengkhianati parti terbesar kaum Melayu itu.

Mahathir pula bekerjasama dengan Pakatan Harapan demi melunaskan dendamnya ke atas UMNO kerana Kerajaan Persekutuan enggan memenuhi kepentingan peribadinya dalam perniagaan dan politik.

Faiz seterusnya berkata, kenyataan PAS bahawa kemenangan Pakatan Harapan akan membantutkan kedaulatan Islam adalah satu pendirian yang tidak bertanggungjawab.

“Syariah dan syiar Islam tetap terpelihara apabila kerajaan ditadbir Pakatan Harapan seperti yang ditunjukkan di Pulau Pinang dan Selangor.

“Strategi paling ampuh untuk menjatuhkan UMNO ialah permuafakatan pembangkang (tahaluf siyasi) supaya seluruh kekuatan pembangkang digembleng dan digabungkan bersama bagi menentang parti pemerintah negara,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Faiz FadzilPANPASTimbalan Ketua Pemuda PAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd