• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pan Borneo: Tanggungjawab Atau Raih Undi?

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAMA seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang buka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan antara bandar raya utama di Pantai Barat Semenanjung, begitu juga Lebuhraya Pan Borneo (LPB).”

Ini penjelasan dan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebuhraya Pan Borneo juga dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo; satu rangkaian laluan menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bakal memperkukuh dan memperluaskan jaringan jalan raya sedia ada dari Telok Melano, Sematan seterusnya ke bandar-bandar lain di Sarawak.

Sebahagian besar projek ini melibatkan kerja menaik taraf jalan dua lorong kepada empat lorong dua hala. Laluan sepanjang 1,089 kilometer (km) ini dari Telok Melano, Sematan ke Merapok, Lawas.

Pan Borneo Highway Sarawak dilancarkan Perdana Menteri di Bintulu pada 31 Mac 2015. Kerja-kerja pembinaan sepanjang 43 km dari Nyabau ke Bakun simpang bermula sejurus itu.

Dijangka siap awal 2022, Pan Borneo Highway Sarawak meliputi jarak keseluruhan 1,060 km. Lebuh raya mega ini bakal menjadi tulang belakang pengangkutan di Sabah dan Sarawak. Malah, fungsi utama ialah mewujudma koridor ekonomi Melaysia Timur.

Selain pembinaan dan menaik taraf jalan raya, jajaran LPBS juga dilengkapi dengan kemudahan Kawasan Khidmat dan Rehat (RSA).

Sebanyak tiga RSA dibangunkan dalam fasa pertama meliputi RSA Jelukong di Sri Aman, RSA Sungai Basai di Mukah dan RSA Lambir di Miri.

Bagi memastikan kelestarian pembangunan LPBS, reka bentuk projek ini mengambil kira keperluan spesifik setiap kawasan terlibat.

Sebagai contoh, jalan raya yang dibina memiliki daya ketahanan lebih tinggi, selain memperbaiki struktur jalan sedia ada bagi meningkatkan kapasiti.

LPBS juga bakal merancakkan sektor perindustrian dan pelaburan dengan menghubungkan pusat-pusat perindustrian contohnya di Baram dan Piasau di Miri dengan pelabuhan dan hab ekonomi – Sarawak Corridor of Renewal Energy (SCORE).

Selain infrastruktur yang lebih baik, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak juga menyediakan laluan lebih pantas, selesa dan selamat.

Uniknya, tiada tol kerana kerajaan beranggapan status jalan ini sebagai hadiah bagi meningkatkan keselesaan perhubungan penduduk Sarawak.

Hadiah atas kepercayaan dan sokongan padu terhadap aspirasi Kerajaan Pusat.

#laskarmalaya

Tags: Lebuhraya Pan Borneosarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd