• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Diminta Nyata Pendirian LGBT

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia khususnya umat Islam diseru supaya berfikir secara bijaksana adakah Pakatan Harapan yang diketuai DAP boleh diharapkan untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari berkata, umat Islam perlu menilai perkara itu sedalam-dalamnya berdasarkan suasana yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan berhubung dasar negara waktu ini.

Beliau memberi contoh gerakan Pelangi Campaign diketuai Setiausaha Organisasi Pemuda DAP Subang, Numan Afifi membantah pembatalan kempen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bertentangan dengan akidah Islam.

Menurut beliau, kempen itu sepatutnya berlangsung pada 6 hingga 8 Jun ini di Taylor’s University Subang Jaya, Selangor, tetapi terpaksa dibatalkan ekoran protes oleh ramai pihak.

“Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pelangi Campaign bertarikh 18 Mei 2017 menyeru seluruh umat Islam di Malaysia bersikap terbuka dan mencontohi pendekatan Datuk Bandar London, Sadiq Khan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Gay Muslim di bulan Ramadhan.

“Untuk rekod, Presiden Penaja kepada Pelangi Campaign ialah saudara Numan Afifi yang juga merupakan Setiausaha Organisasi Pemuda DAP Subang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, kebebasan hak asasi manusia ada had di dalam Islam dan Malaysia adalah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, katanya, Malaysia meletakkan sistem nilai Islam sebagai keutamaan dan mempunyai kaedah tersendiri apabila bertembung dengan isu transgender.

Tegas beliau, menganjurkan program Kempen LGBT “Courage in the face of adversity” yang antara acaranya ialah Perarakan LGBT bertujuan menyemarakkan budaya itu dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi pintu kepada penyuburan homoseksual di negara ini.

“Golongan keliru gender wajib disantuni dengan usaha pemulihan dan bukannya menyemarakkan hak mereka untuk berada di dalam kekeliruan gender. Kehidupan manusia wajib berteraskan kepada dua jenis jantina sahaja ialah lelaki dan wanita dan tidak selain daripada itu.

“Sekali pun Islam mengiktiraf wujudnya golongan khunsa, namun mereka wajib memilih mana-mana jantina selepas dibuktikan dengan kecenderungan dan ujian klinikal. Pengiktirafan ini jtidak bermakna Islam mengiktiraf amalan gay dan lesbian yang jelas haram,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang mengangggotai Pakatan Harapan menyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: LGBTpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak  RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

Anthony Loke Perlu Jelaskan Isu Kontrak RM178.29 Juta Syarikat Adik Azam Baki

22/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan penganugerahan kontrak bernilai RM178.29 juta kepada...

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

Manifesto Hanya Janji Atas Kertas Jika Tidak Mampu Dilaksana – PKR

22/07/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fuziah Salleh mengingatkan pengundi Negeri Sembilan bahawa manifesto hanyalah janji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd