• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Lah Seru Anggota UMNO Terus Bersatu

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Abdullah Ahmad Badawi menyeru anggota UMNO supaya terus bersatu dan bersetia di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak supaya khidmat yang diberi dan disampaikan dapat meresapi jiwa dan sanubari setiap rakyat.

Bekas Presiden UMNO itu berkata setelah tujuh dekad berlalu, UMNO berjaya menghadapi dan menyelesaikan pelbagai krisis dalaman dan luaran berkat kepercayaan dan kesetiaan anggotanya.

Katanya, krisis yang telah berlalu perlu dijadikan pedoman dan panduan untuk parti keramat orang Melayu itu terus kekal relevan sepanjang zaman.

“Kepercayaan rakyat kepada UMNO hanya akan kekal sekiranya UMNO dilihat ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdullah yang merupakan perdana menteri kelima menyatakan demikian bersempena sambutan ulang tahun ke-71 penubuhan UMNO pada Khamis ini.

Justeru, Abdullah berharap semoga rakyat Malaysia dapat merasai keikhlasan segala khidmat bakti UMNO khususnya dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

Beliau juga meminta orang Melayu untuk berusaha keras bagi terus cemerlang dan gemilang dalam apa jua bidang diceburi sekali gus menyumbang kepada pembinaan negara yang terbilang.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan UMNO diterajui Najib serta menzahirkan kesyukuran kerana parti UMNO masih teguh dan utuh menjadi tunjang kepada pentadbiran negara hingga kini.

Beliau berkata kerjasama antara UMNO dan parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) juga terus menjadi intipati dalam memastikan kelangsungan dalam pentadbiran negara semenjak merdeka hingga hari ini. – BERNAMA

Tags: Tun Abdullah Ahmad BadawiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

PRN Sabah: UMNO Hanya Letak Calon Di Kerusi Boleh Menang

PRN Sabah: UMNO Hanya Letak Calon Di Kerusi Boleh Menang

18/10/2025
0

KOTA KINABALU: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan hanya akan meletakkan calon di kawasan berpotensi tinggi untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd