• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ucap Takziah Keluarga Mangsa ‘Konsert Berdarah’

oleh Ahmad Albab
24/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut dengan serangan kejam dan pengecut terhadap penonton yang tidak berdosa pada konsert penyanyi terkenal, Ariana Grande, di Manchester Arena, London, semalam.

Dalam kejadian letupan bom yang disyaki sebagai serangan pengganas, polis Britain mengesahkan angka kematian meningkat kepada 22 orang termasuk kanak-kanak dan 59 yang lain dilaporkan cedera.

“Saya mengucapkan takziah yang mendalam serta mengiringi doa kepada keluarga dan rakan-rakan yang terjejas,” kata Najib menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata pada waktu kesedihan ini, Malaysia akan berdiri teguh bersama Britain.

“Kami perlu tegas, berazam dan sedia berdepan dengan keganasan ini secara pantas di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kita tidak boleh menyerah,” kata Najib.

Media melaporkan serangan itu disyaki dilakukan oleh seorang pengebom nekad pada 10:35 malam waktu tempatan di ruang legar stadium ketika penonton, sebahagian besarnya remaja dan kanak-kanak mula meninggalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat itu untuk menuju ke stesen kereta api bawah tanah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd