• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Serah Kurma Sumbangan Arab Saudi

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 10 tan kurma sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penyerahan sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, diadakan selepas solat Jumaat di Dewan Makan Ibnu Khaldun di Masjid Putra di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Misi Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di Malaysia Dr Zayed Al-Harithi dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Perdana Menteri menyerahkan sumbangan Khadimul Haramain atau Penjaga Dua Kota Suci itu kepada wakil masjid dan surau Jumaat membabitkan 70 buah masjid dan 110 surau Jumaat di Kuala Lumpur dan dua masjid serta 14 surau Jumaat di Putrajaya.

Najib turut melancarkan Program Ihya Ramadan peringkat Kebangsaan 1438 Hijrah yang merupakan program kerohanian bagi mengimarahkan masjid sepanjang Ramadan.

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat bersama-sama umat Islam dan mendengar khutbah bertajuk ‘Ramadan Bulan Tarbiah’ disampaikan Jamil, yang kemudian mengimamkan solat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKurma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd