• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lebih Layak Pimpin Negara – Salleh

oleh Ahmad Albab
25/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkembangan politik negara terutama ketika negara bakal menempuh pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih layak untuk memimpin negara dan bijak mengetuai gerak langkah percaturan politik pada masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata ini terbukti apabila perdana menteri secara lebih awal iaitu pada Disember tahun lepas telah mampu membaca strategi yang disusun oleh Penasihat DAP Lim Kit Kiang apabila menyatakan bahawa PRU14 bakal menjadi medan bagi rakyat Malaysia untuk memilih antara ‘UMNO-led government’ atau ‘DAP-led government’.

“Perdana Menteri kita dengan bijak telah membaca dan menganalisa terhadap cara permainan dan percaturan politik yang dibuat oleh parti DAP.

“Beliau (Najib) tahu bahawa Lim Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu bahawa DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan dan DAP yang buat keputusan-keputusan penting ataupun ‘last word’,” katanya dalam catatan terkini menerusi blog, sskeruak.blogspot.com, hari ini.

Menurutnya politik pembangkang sekarang menyaksikan DAP yang akan menentukan siapa perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya atas sebab DAP mempunyai kerusi parlimen terbesar dalam Pakatan Harapan.

“Kedudukan DAP dalam Pakatan sama seperti kedudukan UMNO dalam Barisan (Nasional), maka sebab itu UMNO duduki jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata atas faktor inilah maka DAP menggalakkan parti Melayu, contohnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hanya miliki satu kerusi Parlimen, mempamerkan cita-cita mereka untuk menjadi perdana menteri.

“Ini merupakan strategi DAP untuk mempamerkan ‘Malay face’ sebagai satu propaganda politik,” katanya.

PPBM mempunyai kerusi Parlimen tunggal menerusi Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Anggota Parlimen Pagoh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd