Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Petrol RON97 Turun 10...

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.65...

PKR Sarawak Kecewa Azmin...

PETALING JAYA - PKR Sarawak hari ini melahirkan rasa kecewa susulan pembatalan Timbalan...

Peniru Foto Selebriti Terkenal...

Jika Malaysia mempunyai Bobo yang menjadi terkenal secara tiba-tiba apabila melakukan video parodi...

BN Diramal Menang 2...

PARTI pemerintah, Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menghadapi masalah memenangi kedua-dua Pilihan Raya...

Najib Kecam Pengkhianat Parti

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan bekas pemimpin negara termasuk seorang negarawan yang sanggup bersubahat dengan musuh melakukan khianat dan memerangi UMNO dan Barisan Nasional (BN) demi menjayakan agenda peribadi.

Presiden UMNO berkata, selepas 71 tahun UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan untung nasib orang Melayu dan rakyat di negara ini dan selepas 60 tahun negara meraih kemerdekaan, pemimpin terbabit sanggup menjatuhkan pimpinan parti yang pernah dipimpin selama berpuluh tahun kerana kepentingan politik peribadi.

“Susah payah kepimpinan UMNO dan BN membina dan membawa kemajuan kepada negara ini, …semua tidak disangka dan diduga, ada satu dua bekas pimpinan negara termasuk seorang negarawan yang pernah kita sanjung tergamak dan sanggup bersubahat, berbuat khianat terhadap parti kita.

“Sanggup menjatuhkan pimpinan kita, sanggup memerangi UMNO dan BN, …yang menyedihkan, beliau sanggup menjilat ludah, berdamping dan mencium mulut (dengan musuh parti), memerangi UMNO yang pernah dipimpin beliau selama berpuluh tahun kerana agenda peribadi.

“Kita tidak lupa siapa yang mengajar kita selama ini bahawa DAP itu parti perkauman, siapa yang puluhan tahun menanamkan kebencian, terhadap DAP sebagai parti cauvinis dan rasis yang benci Melayu dan Islam,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Perhimpunan disertai kira-kira 200,000 ahli dan penyokong parti itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). -BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori