Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

1MDB Akan Jawab Tony...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia akan menjawab anggota Parlimen...

Syed Azmi Dedah Kewujudan...

NETIZEN di laman sosial hari ini dikejutkan dengan pendedahan sebuah kumpulan pedofilia menerusi...

Polis Tahan Remaja ‘Pailang’...

Semalam kami ada siarkan video viral seorang remaja dibuli rakan sebaya di sebuah...

“Saya Masih Menteri Besar”...

DATUK Seri Mukhriz Mahathir mengaku masih memegang jawatan Menteri Besar dan kerajaan negeri...

Minta Kakitangan Kerajaan Potong Gaji Bayar Zakat

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu lebih banyak kakitangan kerajaan membayar zakat pendapatan mereka melalui potongan gaji.

Menurut baginda, rekod Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menunjukkan hanya 754 kakitangan dari 51 jabatan dan agensi kerajaan negeri yang membuat bayaran zakat pendapatan mereka melaui potongan gaji.

“Statistik menunjukkan hanya seorang daripada lapan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan membuat bayaran zakat melalui potongan gaji dan hanya 24 jabatan serta agensi kerajaan membuat potongan gaji untuk bayaran zakat dengan purata pembayar bagi setiap jabatan hanya antara dua hingga lima orang.” titah baginda semasa menutup Seminar Kesedaran Zakat dan Wakaf Peringkat Negeri Perlis di sini hari ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs mengumumkan kadar bayaran fitrah di Perlis tahun ini ialah RM7.00 sama seperti tahun lepas. – BERNAMA

Kategori