• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Terengganu Bakal Saman Akhbar, Siar Isu Tak Periksa

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bakal menyaman wartawan dan sebuah syarikat akhbar yang menimbulkan isu pokok benang sutera berharga RM180,000 yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus.

Ahmad Razif berkata tindakan tersebut susulan laporan yang disiarkan di muka depan akhbar arus perdana tersebut hari ini yang masih membangkitkan isu yang pernah dinafikannya dan mendakwa pokok berkenaan telah mati sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kaitan dengannya.

“Saya amat terkejut sebab isu ini telah selesai. Isu tidak ada kena mengena dengan kerajaan, jadi saya tidak tahu apakah motif ditimbulkan semula isu ini. Saya sedang meilhat dan menilai semula, kemungkinan kita akan serah kepada perundangan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di sini.

Beliau sebelum itu ditanya pemberita berkenaan dakwaan bahawa pokok itu atau nama saintifiknya ‘ceiba speciosa’ dari negara Brazil itu telah mati ekoran faktor cuaca yang tidak sesuai.

Tambah Ahmad Razif, beliau telah dimaklumkan oleh pihak nurseri yang membekalkan pokok tersebut bahawa ia tidak mati sebaliknya sedang mengalami proses daun luruh malah ia akan tumbuh semula dalam tempoh tiga bulan.

“Sepatutnya pemberita rujuk kepada nurseri atau tuan punya pokok..jangan hentam sahaja, kita tidak terlibat untuk menjaga dan ia tiada kena mengena dengan kerajaan, kalau ia mati sekalipun masih tiada kena mengena dengan kerajaan,” katanya dalam nada tegas.

Sebelum ini, Ahmad Razif berkata pokok berkenaan disumbangkan oleh pemaju Bandar Baru Kuala Nerus sebagai landskap daerah baharu itu.

Ketika dihubungi Bernama, Ahmad Razif turut meminta supaya tiada lagi pihak yang cuba menimbulkan isu remeh temeh sebaliknya memberi beliau ruang untuk memfokuskan kepada usaha membawa agenda transformasi terutama dalam sektor ekonomi rakyat Terengganu.

Sementara itu pembekal, yang juga Jurutera Landskap Bandar Baru Kuala Nerus Mohd Nair Md Amin berkata keadaan terkini pokok benang sutera itu adalah situasi biasa apabila dalam keadaan cuaca panas, dan bukannya mati seperti didakwa.

“Kita tanam pokok ini lima bulan yang lalu. Iklim cuaca daripada negara asalnya (Brazil) juga adalah dua musim iaitu panas dan sejuk. Sekarang, kita dalam keadaan cuaca panas untuk lima atau enam bulan ini, jadi ia menyebabkan daunnya gugur.

” (Daunnya) gugur banyak kerana kita baru tanam. Untuk ia pulih semula memang memerlukan proses pengguguran daun. Pokok ini masih hidup lagi. Kelembapan air masih cukup..cuma perlukan masa daunnya tumbuh semula. Tidak boleh dijangka bila akan keluar daun tetapi tanda-tanda pengeluaran daun itu sudah bermula dan bahagian atas masih berdaun,” katanya yang ditemui pemberita di kawasan penanaman pokok itu.

Pokok berkenaan dikatakan tidak memerlukan air terlalu banyak dan terlalu kering malah hanya perlu disiram tiga kali seminggu sahaja.

Beliau turut menafikan laporan akhbar terbabit memandangkan tunas baru telah mula tumbuh dan pihaknya mempunyai pengalaman menjaga pokok itu selama setahun setengah di nurseri serta yakin ia akan hidup seperti asal apabila serasi dengan keadaan sekeliling. – BERNAMA

Tags: MB TERENGGANU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Samsuri Angkat Sumpah Menteri Besar Terengganu

Ahmad Samsuri Angkat Sumpah Menteri Besar Terengganu

15/08/2023
0

KUALA TERENGGANU – Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu buat penggal kedua di Balairong Seri...

Terengganu Ambil Positif Agenda Dalam KSP RMK11

20/10/2018
0

DUNGUN - Kerajaan negeri memandang positif usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memberi peruntukan yang lebih saksama kepada beberapa negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd