• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Temerloh Meningkat Banding Semalam

oleh AK-47
11/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di daerah Temerloh meningkat kepada 119 orang daripada 40 keluarga sehingga 1 tengah hari berbanding 38 orang daripada 13 keluarga pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, selain Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor, Mentakab dan Surau Kampung Bongsu, sebuah pusat pemindahan lagi turut dibuka di SK Desa Bakti.

“Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di SK Batu Kapor meningkat kepada 78 orang berbanding hanya 32 mangsa pagi tadi, manakala di Surau Kampung Bongsu, mangsa yang ditempatkan di situ telah berkurangan daripada 26 orang kepada enam orang sahaja.

“Pusat pemindahan baharu di SK Desa Bakti pula menempatkan seramai 35 mangsa setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya pelbagai agensi serta jabatan kerajaan yang berkaitan seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat termasuk menyalurkan barangan dan keperluan untuk kegunaan di pusat pemindahan.

“APM sedang memantau rapi perkembangan banjir di daerah ini berikutan keadaan air di kawasan Mentakab yang semakin menaik,” katanya.

Sementara di daerah Raub, keadaan banjir pulih sepenuhnya dengan kesemua 26 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Balairaya Kampung Pamah Rawa dan Balairaya Kampung Pamah Kulat pagi tadi, telah dibenarkan pulang secara berperingkat-peringkat .

Anggota APM turut membantu kesemua mangsa membersihkan rumah masing-masing, katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirTemerloh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd