• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIWP Depositkan Zakat Kepada 22,000 Asnaf Setiap Bulan

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mendepositkan bayaran zakat kepada kira-kira 22,000 asnaf di Kuala Lumpur pada setiap bulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya bayaran itu tidak termasuk bayaran ‘one off’ atau sekali sahaja kepada mereka yang terpilih untuk 28 skim bayaran seperti untuk pendidikan, biasiswa dan pakaian sekolah.

“Ini semua adalah hasil kutipan zakat daripada orang ramai dan pelbagai syarikat yang kemudian diagihkan semula kepada mereka yang memerlukan,” katanya pada majlis penyerahan zakat perniagaan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada MAIWP Kuala Lumpur di sini hari ini.

PNB membuat bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2013 hingga 2016 berjumlah RM17.2 juta, dengan cek zakat perniagaan itu disampaikan oleh Presiden and Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar kepada Jamil Khir bagi pihak MAIWP.

Abdul Wahid dalam pada itu berkata pembayaran zakat oleh PNB dikira mengikut haul dan nisab yang sudah ditetapkan.

“Zakat perniagaan oleh PNB ini tidak meliputi agihan pendapatan untuk pemegang akaun unit amanah yang melabur dalam tabung yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

“Pemegang akaun dinasihatkan melunaskan sendiri zakat bagi pelaburan dalam setiap unit amanah yang berkenaan,” katanya.

Abdul Wahid berkata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah antara negeri terawal yang meletakkan hukum pelaburan yang dijalankan PNB dalam ASNB adalah harus.

“Keputusan yang sama ini kemudian dari semasa ke semasa diikuti oleh negeri-negeri lain dan yang terbaru adalah di Selangor dan kini hanya tinggal pihak berkuasa berkaitan agama di Pulau Pinang yang masih belum menerima keputusan yang sama,” katanya.

Katanya pihak PNB akan terus berusaha bagi memberi penerangan kepada jawatankuasa fatwa di Pulau Pinang mengenai hal ehwal pelaburan yang dilakukan oleh institusi itu.

“Kami masih berharap akan mendapat keputusan terbaik dari Pulau Pinang daripada penerangan yang diberikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: asnafMAIWP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

01/07/2023
0

KOTA BHARU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan daging korban kepada 2,500 asnaf di seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd