Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Hanez Suraya Tak Mahu...

Susulan ura-ura mengatakan Hanez Suraya dan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha masih berpacaran...

Tipu Mati Elak Beri...

WASHINGTON - Kerana tidak tahan isteri terlalu kerap meminta wang, seorang lelaki Honduras...

Jet Pejuang AS Mula...

ANKARA - Jet pejuang AS pada Rabu mula melancarkan serangan udara terhadap sasaran...

Gajah Jantan Liar Di...

BESUT - Dua ekor gajah denak - Rambai dan Abot terpaksa dijadikan umpan...

Macron: Penyelamat Perancis Dan Kesatuan Eropah

APABILA Emanuel Macron meraih 66 peratus undi, ia mengekalkan diagram politik Perancis sebagai bersifat sederhana, mesra agama, bersemangat Eropah dan sekali gus menolak xenophobia.

Pengumuman kemenangan Macron juga tanda berakhirnya tempoh kempen penuh kemunduran gaya Merien Le Pens yang mempromosi semangat ultra nasionalis berbaur anti-Islam.

Macron yang berhaluan sederhana dianggap calon popular apabila memenangi dua undi teratas pada pilihan raya pusingan pertama 31 April lalu.

“Tiada agama adalah masalah di Perancis hari ini. Kalau Perancis perlu neutral, yang mana asas utama sekular, maka kita ada tugas untuk membenarkan semua orang mengamalkan agama dengan bermaruah.”

Sifat sederhana Macron dalam karier politiknya menjadikan beliau sebagai pilihan utama rakyat Perancis untuk memenangi pilihan raya Perancis 2017 semalam.

Macron calon parti En Marche! merupakan pemimpin pro-EU yang mengalahkan Marine Le Pen merupakan mantan presiden Front National.

Majoriti 66 peratus undi satu isyarat besar, rakyat Perancis tidak menerima konsep ultra nasionalis gaya Le Pens.

Dengan kemenangan ini, dunia akan mula memantau dasar-dasar Macron.

10 Ideologi Emanuel Macron wajar diberikan perhatian:

1. Mewujudkan Suruhanjaya Keselamatan Eropah yang menggabungkan ketenteraan, diplomatik dan pemimpin kesatuan.

2. Dalam kerjasama dengan NATO, Macron mencadangkan penubuhan ibu pejabat yang tetap untuk mengawal keselamatan Eropah.

3. Macron merancang memilih ahli parlimen Kesatuan Eropah dalam kalangan pan-Eropah bagi menggantikan ahli parlimen EU dari Britain.

4. Pelan pelaburan €50 bilion untuk 5 tahun dalam bidang latihan pekerjaan, pertanian, pengangkutan, infrastruktur dan kesihatan akan melonjakkan ekonomi domestik Perancis.


5. Macron akan terus membuka sempadan dan memberi perlindungan kepada pelarian dan pencari suaka.

6. Macron menentang kuat pengharaman tudung bagi orang Muslim di kampus universiti. Namun, pada masa sama, beliau pentaksub sekular.

7. Pemotongan cukai korporat daripada 33 peratus kepada purata cukai Eropah 24 peratus akan menjadikan Paris lebih kompetitif sebagai destinasi pelaburab.

8. Perancis juga akan mengenakan sekatan terhadap daerah-daerah yang tidak menghormati klausa sosial dan alam sekitar yang terdapat dalam perjanjian Kesatuan Eropah.

9. Jumlah murid dalam kelas bagi sekolah rendah akan dikurangkan kepada 12 orang. Projek ini khas bagi untuk 12 ribu sekolah di kawasan berpendapatan rendah seluruh negara.

10. Macron berjanji untuk memberikan setiap anak muda Perancis yang berumur 18 tahun keatas “culture pass” bernilai £500 untuk menonton wayang, teater dan tiket konsert.

Namun, persoalan lebih besar: Adakah kemenangan Macron ini mampu menyelesaikan kemelut kesatuan EU?

Krisis kemelesetan ekonomi, Brexit dan melimpahnya pelarian Asia Barat dan Utara Afrika kini menjadi isu domestik yang memerlukan penyelesaian segera. – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

Kategori