• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo PH Macam Tiru Taman Tema, Cap Kacang Tanah?

oleh
03/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN ramai masih ingat lagi kontroversi logo Parti Amanah Negara (PAN) yang dilancarkan pada Hari Malaysia 2015 lalu yang dikatakan hampir menyamai lambang sebuah stesen TV di India.

Bukan itu sahaja, logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga mencetuskan kritikan pelbagai pihak kerana konon dianggap ‘ciplak’ lambang kelopak bunga daripada imej korporat sebuah rangkaian klinik botoks terkenal.

Hari ini, isunya lebih kurang sama tetapi jauh lebih lucu apabila logo Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat dua tahun lalu turut dikutuk netizen kerana amat buruk dan juga tidak serius.

Logo tersebut ‘dicanangkan’ Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menerusi akaun Facebook beliau pada pagi Rabu dan ia dilapor menerima kira-kira seribu tanda suka selain dikongsi lebih 300 kali daripada penyokong pembangkang.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menulis keterangan: “Undi Logo PH Yang Anda Suka. Pihak PH akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti PH dalam tempoh dua minggu lagi.

“Majlis Presiden PH pada minggu lalu telah pun bersetuju untuk menyenarai pendek tiga logo yang berikut bagi dikongsi dengan rakyat Malaysia serta mendapatkan maklum balas.

“Undi logo PH yang anda gemari dengan menaip (di ruang komen): #A, #B atau #C mengikut pilihan anda sendiri. Sebarkan dengan klik ‘share’ kepada seramai mungkin rakyat Malaysia,” tulis Rafizi lagi.

Baca: Logo PAN Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

Juga: Parti Aje Baharu Tapi Ahli, Logo Pun Bercelaru!

Beliau kemudian turut meletakkan pautan itu kepada portal Malaysiakini, Sinar Harian, Suara Rakyat, Nurul Izzah Anwar, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Democratic Action Party dan Tony Pua sebagai hebahan.

Malangnya ketika kepimpinan PH mungkin berasa tiga logo cadangan yang hendak mereka gunakan bersama pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu sudah cukup hebat, lain pula reaksi pengguna media sosial tempatan.

Ketika artikel ini ditulis, lebih 1,000 komen yang disiarkan netizen setakat tengah hari Rabu kira-kira selepas enam jam ia dimuat naik oleh Rafizi menerusi Facebook; jelas lebih banyak ulasan berbaur negatif daripada positif.

Kebanyakan komen menyifatkan tiga logo berkenaan tidak menarik. Ada juga kata ia hampir ‘meniru’ logo sebuah taman tema keluarga terkenal dan tidak kurang menyifatkan ia seperti jenama cap kacang tanah yang popular.

Ada juga mengesyorkan kepimpinan PH mengadakan pertandingan mereka logo blok pembangkang itu jika tidak mampu menawarkan lambang sesuai bagi ‘menyaingi’ pihak Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih mesra rakyat.

Hakikatnya, jika beginilah logo PH yang sudah menjadi bahan jenaka ramai pihak, bayangkanlah bagaimana jika memerintah negara ini kelak lebih teruk lagi daripada BN malah lihat sahajalah dua negeri ditadbir mereka sendiri.

PH yang diterajui DAP serta dianggotai PKR, PAN dan PPBM mungkin kena berlaku ‘jujur’ dalam isu logo rasmi pakatan tersebut kerana ia perkara serius yang tidak boleh dibuat main-main. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pakatan harapanRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd