• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sekeluarga Melecur Rumah Terlibat Kebakaran

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lima sekeluarga melecur dengan empat daripada mereka berada dalam keadaan kritikal selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Taman Derga Jaya, di sini, pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata lima sekeluarga yang terdiri daripada pasangan suami, isteri dan tiga orang anak itu telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada kira-kira pukul 7.20 pagi.

“Kesemua mangsa yang dihantar oleh jiran mereka telah dimasukkan ke zon kritikal dan diberi rawatan kecemasan serta merta oleh pakar dan pasukan jabatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Norhizan berkata mangsa lelaki berumur 48 tahun hanya melecur ringan dengan empat peratus dan berada dalam keadaan stabil manakala isterinya yang berusia 42 tahun mengalami kebakaran tubuh sebanyak 21 peratus serta kelecuran saluran pernafasan akibat terhidu asap.

Katanya, mangsa berada dalam keadaan kritikal dan kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr. Norhizan berkata ketiga-tiga anak mangsa yang berumur antara empat hingga 22 tahun turut berada dalam keadaan kritikal di mana anak perempuan mereka berumur 22 tahun melecur di bahagian permukaan tubuh sebanyak 32 peratus.

“Anak perempuan kedua yang berumur 17 tahun melecur 19 peratus di permukaan tubuh manakala anak lelaki yang berumur empat tahun mengalami kelecuran saluran pernafasan akibat terhidu asap. Ketiga-tiga mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Ibu serta dua anak perempuan diberikan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kes kebakaran manakala kanak-kanak lelaki yang berumur empat tahun dirawat di Paediatric High Dependency Ward (PHDU) bagi pemantauan rapi dan mangsa lelaki diberikan rawatan di wad kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 6.48 pagi sebelum tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Kejadian itu melibatkan sebuah rumah banglo satu tingkat yang terbakar 80 peratus dan kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd