• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Nafi P.Pinang Peroleh Keuntungan RM12.5 Bilion

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman bahawa kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah di negeri ini.

Dakwaan itu aalah satu fitnah dan tidak benar, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Zainal Abidin mendakwa sebelum ini beberapa akhbar melaporkan kerajaan negeri memperoleh keuntungan kira-kira RM12.5 bilion daripada penjualan tanah, tidak termasuk hasil projek lain yang dibangunkan di negeri ini.

Beliau berkata UMNO Pulau Pinang juga pelik dengan tindakan kerajaan negeri yang mahu berhutang dengan sebuah bank di China, sedangkan sebelum ini Lim memberitahu kerajaan negeri mempunyai lebihan bajet serta simpanan kira-kira RM1.2 bilion.

Katanya kerajaan negeri sepatutnya menggunakan dana yang diperoleh daripada hasil jualan tanah kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan, bukannya berhutang dengan bank berkenaan.

Mengulas mengenai pinjaman itu, Lim berkata tidak dinafikan kerajaan negeri mempunyai lebihan bajet sebanyak RM1.6 bilion, namun katanya adalah berbaloi untuk membuat pinjaman itu kerana kadar faedahnya lebih rendah daripada pasaran.

Khamis lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Pinjaman Negeri Pulau Pinang (Bank dan Sumber-sumber Kewangan Lain) 2017 yang membolehkan kerajaan DAP Pulau Pinang membuat pinjaman daripada China Exim Bank.

Jumlah wang yang dipinjamkan di bawah rang undang-undang itu disediakan untuk tujuan membiayai pelaburan, pelaksanaan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial bagi negeri ini serta perkara-perkara yang berkaitan termasuk melaksanakan strategi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 2013-2030 (PTMP). – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd