• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Samun Guna Pistol Mainan Ditahan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dengan menggunakan senjata mainan di sebuah premis perniagaan di Bandar Perda dekat sini Khamis lepas.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Tersusun, Perai kira-kira pukul 6 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

“Lelaki itu dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV di kawasan premis yang disamun itu. Polis turut merampas sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan sebuah motosikal daripada lelaki yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun bersenjatakan pistol mainan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah sejak awal tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan empat anggota geng samun dan pecah rumah berusia 22 hingga 27 tahun di sebuah rumah di Jalan Mak Mandin dekat sini pukul 3.20 petang semalam.

“Empat lelaki itu dipercayai menyewa rumah berkenaan dan geng terbabit juga menjadikan rumah itu sebagai tempat mereka berkumpul sebelum melakukan jenayah. Mereka disyaki terlibat dalam lebih 20 kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Tengah,” katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki yang ditahan itu positif dadah dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah. – BERNAMA

Tags: ditahanPistol Mainansamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd