Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Polis Perlis Lumpuhkan Kumpulan...

KANGAR - Polis Perlis percaya dapat melumpuhkan satu kumpulan pecah rumah dikenali dengan...

Gereja Akur Bantahan Penduduk,...

SEKUMPULAN penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya membuat bantahan setelah pihak gereja di kawasan tersebut...

Warga M’sia Terlibat Sindiket...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok...

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Lelaki Lemas Ketika Menyuluh Ketam Di Labuan

LABUAN – Seorang petugas di syarikat minyak dan gas dijumpai lemas ketika melakukan aktiviti menyuluh ketam berhampiran pantai Kampung Batu Manikar dekat sini.

Kejadian berlaku ketika Zainudin Suhaili, 31, pergi ke pantai yang berdekatan rumahnya itu seorang diri pada kira-kira 8 malam tadi untuk menyuluh ketam.

Apabila dia tidak pulang ke rumah, anggota keluarganya membuat laporan di Balai Polis Lubok Temiang pada 2.18 pagi ini selepas mereka menghubung Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Anggota dari Balai Bomba Layangan segera bergegas ke lokasi dan selepas lebih tiga jam operasi, mereka menjumpai mayat mangsa pada 5.16 pagi kira-kira 150 meter dari pantai.


Mayatnya dihantar ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

Kategori