• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larian Obor Kuala Lumpur 2017 Kini Di Melaka

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 kini berada di Melaka selepas berada di Johor, bagi meneruskan siri jelajahnya sebelum obor berkenaan diserahkan kepada wakil Negeri Sembilan Ahad ini.

Obor itu diserahkan oleh Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tangkak, Ezahar Abu Sairin dan disambut Timbalan Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah Melaka, Datuk Ng Choon Koon yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban.

Larian yang diketuai YDP Majlis Perbandaran Jasin, Shadan Othman bermula di Laman Belia Sungai Rambai dan berakhir di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai yang menyaksikan penyertaan kira-kira 200 peserta dan melibatkan laluan sejauh 2.1 kilometer.

Acara pelepasan larian disempurnakan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka, Mohd Fauzi Ariffin pada pukul 11.20 pagi.

Turut hadir, Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Abdul Ghani Abdul Rahman.

Zamrud ketika berucap pada majlis itu berkata beliau berharap agar Malaysia dapat mengekalkan prestasi cemerlang sebagai tuan rumah pada temasya Sukan SEA kali ini sama seperti penganjuran Sukan Komanwel 1998.

Obor berkenaan akan dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli belah AEON Bandaraya Melaka, Peringgit esok, sebelum dibawa menaiki Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka.

Larian Obor KL2017 akan diteruskan pada Sabtu ini di Dataran Restoran Melayu Melaka, Jalan Tun Mutahir sebelum diteruskan pada Ahad ini di Dataran Keris, Alor Gajah.

Ia akan berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos depan, menandakan bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29. – BERNAMA

Tags: Larian Obor KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negaraku Bangkit Bersama, Mesej Najib Untuk KL2017

06/08/2017
0

KUALA LUMPUR - 'Negaraku Bangkit Bersama'. Ini mesej ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas 'pledge car' Sukan SEA...

Lebih 10,000 Peserta Sertai Larian Obor KL 2017 Di Terengganu

24/07/2017
0

KEMAMAN - Terengganu berjaya mencatat lebih 10,000 pelari sukarelawan sepanjang sembilan hari berlangsungnya Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd