• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Politik Selangor: Pemuda PAN Puji PKR

oleh Ahmad Albab
18/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pendirian ini nyata memperlihatkan ketinggian maruah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menanggapi ‘politik tak tahu malu’ rakan lama mereka (PAS).”

Demikian tegas Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin sebagai mengulas kemelut politik di Selamgor ekoran keengganan PAS berundur daripada pentadbiran negeri itu.

Beliau malahan turut memuji pendirian yang dibuat PKR semalam supaya semua wakil parti itu yang menyandang jawatan dalam kerajaan PAS Kelantan meletakkan jawatan serta-merta.

Dakwa Shazni Munir, pada waktu wakil PAS terus menebal muka mempertahankan jawatan dalam kerajaan PKR Selangor selepas memutuskan hubungan kedua-dua parti, PKR pula menunjukkan kematangan dalam berpolitik.

“Tidak berhujah remeh-temeh menyalahkan pihak lain, sebaliknya PKR nekad mengarahkan peletakan jawatan serta-merta bagi semua lantikan politik di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, kata Shazni Munir, Pemuda PAN menyambut baik pendirian PKR dalam perkara tersebut seperti yang diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah semalam memaklumkan PKR menerima keputusan PAS untuk membatalkan tahaluf siyasi kedua-dua parti tetapi menolak hujah yang diberikan oleh PAS.

Beliau dipetik berkata, PKR turut membuat keputusan semua lantikan politik PKR dalam kerajaan PAS Kelantan diminta melepaskan jawatan berkuatkuasa serta merta.

“Kedudukan PAS dalam kerajaan (PKR) Selangor telah dibincang dan akan diputuskan bersama Menteri Besar Selangor,” kata Wan Azizah.

Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini secara rasmi mengumumkan parti itu memutuskan kerjasama dengan PKR selepas menilai desakan ahlinya supaya PAS berbuat demikian dalam muktamar parti itu.

Keputusan itu diambil selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam termasuk menentang pembentangan RUU 355 di Parlimen.

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan kerajaan Selangor kini ditadbir oleh sebuah `kerajaan rojak’ kerana pentadbirannya dibarisi pimpinan parti yang saling bermusuh iaitu DAP, PKR dan PAS. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASPKRShazni Munir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd