• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan memandang serius laporan yang menyatakan sebanyak 61 peratus daripada 12,926 mangsa kes jenayah seksual untuk tempoh tiga tahun sejak 2014 melibatkan kanak-kanak.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon percaya masih ada lagi kes seperti itu yang belum dilaporkan ekoran rasa takut dan malu.

“Laporan seperti ini sangat membimbangkan kita dan kalau kita nak kupas kes seperti ini, saya percaya masih ada lagi yang belum melaporkannya… oleh sebab itulah kita wujudkan mata pelajaran pendidikan seksual di sekolah rendah dan menengah untuk pelajar-pelajar tahu menjaga tubuh badan masing-masing.

“Saya juga meminta ibu bapa supaya lebih peka dengan perubahan anak-anak dan terbuka minda untuk berbincang masalah yang dihadapi anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Hwa di sini, hari ini.

Turut hadir Pengetua sekolah berkenaan Foong Lai Woon dan Pengerusi Pengelola Sekolah (LPS) Ng Lip Chong.

Chong berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim semalam bahawa sebanyak 61 peratus daripada 12,926 mangsa kes jenayah seksual yang dilaporkan untuk tempoh tiga tahun sejak 2014 melibatkan kanak-kanak.

Rohani berkata jumlah tersebut merupakan sesuatu yang serius kerana kanak-kanak terbabit akan membesar dengan kesan dalaman yang negatif.

Dalam pada itu, Chong menyelar tanggapan serong sesetengah pihak kononnya mata pelajaran seksual yang diajar di sekolah akan meningkatkan lagi jenayah seksual.

“Daripada kajian yang dibuat, semakin kita kongkong anak-anak ini, semakin mereka mahu nak mencuba… tetapi apabila diajar mata pelajaran ini, tanggapan ia akan mendorong kepada perlakuan jenayah seksual adalah salah sebaliknya mereka ini lebih faham dan tahu menjaga diri masing-masing,” katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan perpustakaan sekolah itu, Chong menyeru semua ibu bapa terus menyuburkan amalan membaca dalam kalangan anak-anak bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan.

“Banyak dalam kalangan mereka yang berjaya di luar sana mempunyai tabiat yang sama iaitu suka membaca. Kita di kementerian mengadakan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar membaca buku selain daripada buku teks.

“Bagi masyarakat luar, amalan membaca mereka ialah sekitar 20 buah buku setahun bagi seorang individu dan kita (Malaysia) setakat ini di peringkat 14 buah buku setahun dan ini akan kita perhebatkan lagi kerana budaya membaca ini penting,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayah Seksual Kanak-KanakKPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd