• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM, Jakim Tentukan Terma Pendaftaran Sekolah Tahfiz

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berbincang berhubung terma dan rujukan untuk proses pendaftaran sekolah tahfiz agar dapat diletakkan di bawah satu institusi.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu diputuskan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.

“Terma dan rujukan terbabit antaranya adalah dari segi penyediaan insfrastruktur, kokurikulum dan guru,” katanya pada sidang akhbar selepas Multaqa Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di sini, hari ini.

Mahdzir sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Jamil Khir bagi membincangkan mengenai pendaftaran sekolah agama tahfiz swasta dan persendirian di seluruh negara ekoran kematian seorang pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi, minggu lepas.

Beliau berkata pegawai Kementerian Pendidikan dan Jakim akan berbincang berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat sebelum pihak yang terlibat melaksanakan proses pendaftaran sekolah tahfiz.

“Apabila sekolah-sekolah tahfiz ini berdaftar, mereka seharusnya memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Jakim dan sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan ini akan mengakibatkan pembatalan lesen mereka,” katanya.

Buat masa ini, Mahdzir berkata kebanyakan sekolah tahfiz diletakkan di bawah kelolaan Majlis Islam Negeri masing-masing dengan sebahagiannya mengikuti silibus pembelajaran yang disediakan Kementerian Pendidikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidJakimKPMtahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd