• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Tidak Terjejas Dengan Peletakan Jawatan

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menghormati keputusan PKR yang mengarahkan semua ahlinya yang dilantik secara politik dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan serta merta.

Menurut Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tindakan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan pentadbiran di negeri itu.

Katanya, setakat ini kerajaan Kelantan berpendapat mengekalkan lantikan politik daripada PKR bagi meneruskan pentadbiran kerajaan yang kini berjalan seperti biasa.

“Namun terpulang kepada PKR untuk mengekalkan mereka atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Dalam pada itu beliau turut mengulas berhubung kedudukan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

“PAS Selangor akan menunggu apa juga keputusan daripada Sultan Selangor,” katanya.

PKR menerusi mesyuarat Biro Politiknya malam tadi mengarahkan kesemua lantikan wakil parti itu dalam pentadbiran kerajaan Kelantan melepaskan jawatan serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan perkara itu ada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di Tropicana di sini.

“Perkara itu turut telah disampaikan terus kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan,” katanya.

Tindakan itu menurut penganalisis politik tempatan adalah sebagai satu ‘sindiran’ kepada PAS yang enggan melepaskan jawatan tiga Exconya dalam kerajaan Negeri Selangor selepas parti Islam itu memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

PAS juga setakat ini masih mengekalkan tiga Exconya iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi, dan Zaidy Abdul Talib; selagi tidak menerima titah daripada Sultan Selangor mengarahkan demikian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kelantanletak jawatanPASPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd