• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Plastik Terbakar, Kerugian RM15 Juta

oleh Ahmad Albab
11/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sebuah kilang memproses bahan plastik kerugian lebih RM15 juta selepas bangunan kilang berkeluasan 15,000 meter persegi di kawasan Perindustrian Bukit Minyak, di sini terbakar hari ini.

Sehingga pukul 5 petang ini, lebih 80 peratus kilang itu terbakar dan terdapat struktur bangunan yang runtuh.

“Operasi memadam kebakaran masih diteruskan melibatkan 18 jentera bersama 66 pegawai dan anggota bomba dibantu 200 anggota dari 17 Pasukan Bomba Sukarela.

“Kami turut mendapat bantuan polis, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Tenaga Nasional Berhad,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Syukri Abdulah.

Beliau berkata kebakaran yang dilapor pada pukul 11.15 pagi itu sangat berisiko kerana bangunan yang terbakar di kelilingi kilang memproses bahan berbahaya antaranya kilang kimia, minyak, cat dan kitar semula.

“Ketika pasukan kami tiba di kilang itu, api sedang marak dan 40 peratus bangunan kilang berkenaan telah terbakar. Kami menghadapi kesukaran kerana tekanan air rendah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 70 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang berhampiran.

Mohd Syukri berkata punca sebenar kebakaran belum diketahui tetapi berdasarkan keterangan seorang saksi, kebakaran bermula apabila sebuah mesin memproses plastik dalam kilang itu tiba-tiba meletup dan terbakar.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kebakaran serta jumlah sebenar kerugian masih disiasat. – BERNAMA

Tags: kebakarankilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd