• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Gengster Menunggu Masa Untuk Dicekup

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak polis telah mengenal pasti ketua kumpulan gengster di seluruh negara yang tangkapan ke atas mereka akan dilakukan menerusi operasi khas tidak lama lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, kegiatan gengsterism di negara ini diyakni dapat dihapuskan secara drastik tidak lama lagi.

“Dalam tempoh setahun enam bulan ini, kita akan dapat jatuhkan kegiatan gengsterisme menerusi pendekatan baharu yang digunakan polis ketika ini, ” katanya dalam sidang media pada Majlis Serah-Terima Tugas Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kegiatan gengsterisme yang dilapor menular dalam kalangan pelajar sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Rashid berkata seramai 40 anggota geng 24 dan 36 telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).

“Selepas tindakan dikenakan ke atas anggota kumpulan 24 dan 36, aktiviti gengster telah menurun sehinggakan baru-baru ini mereka menggunakan pula taktik baharu dengan melibatkan pelajar sekolah.

“Mereka (anggota kumpulan) tahu tindakan yang dikenakan ke atas pelajar agak sederhana iaitu di bawah Kanun Keseksaan berbanding mereka yang dikenakan tindakan di bawah SOSMA yang apabila didakwa, mahkamah tidak akan memberi ikat jamin sehingga selesai perbicaraan kes,” katanya.

Noor Rashid berkata pihak polis akan meningkatkan lagi hubungan dengan sekolah sebagai usaha untuk memerangi kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar.

Pada majlis itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi menyerahkan tugasnya untuk disandang Datuk Hasnan Hassan.

Abd Rahim yang telah berkhidmat dengan kontinjen polis Perak selama setahun akan bertukar ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Turut diadakan ialah acara serah tugas Timbalan Ketua Polis Perak yang disandang Hasnan kepada Datuk Zainuddin Yaacob yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. – BERNAMA

Tags: Kongsi Gelappolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd