Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Kaum India Terlibat Dalam...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

2 Beradik Mati Lemas...

DUA beradik dipercayai mati lemas ketika khemah yang dipasang jatuh ke dalam kolam...

Bekas Calon PRK Didakwa...

SEREMBAN: Seorang suri rumah yang juga bekas calon Bebas Pilhan Raya Kecil (PRK)...

Video: Dua Kumpulan Gangster...

RAMADAN kali ini nampaknya negara banyak disajikan dengan cerita-cerita panas mengenai pergaduhan.Kami yakin...

Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan

SHAH ALAM – Jentera Penerangan UMNO diarah mengetengahkan kecemerlangan prestasi dan kejayaan pucuk pimpinan menguruskan kerajaan dan ekonomi negara sebagai mesej paling berkesan mendekati rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bagi membendung jentera parti daripada terus beretorik dengan hanya memperjelaskan isu-isu politik yang sengaja diwujudkan pembangkang.

Beliau berkata sebagai parti kerajaan, peluang itu harus dimanfaat sebaiknya untuk mewujudkan suasana lebih bijaksana dengan mengemukakan rekod terbaik yang dicapai dalam sektor ekonomi, pemerkasaan agenda bumiputera, jalinan hubungan diplomatik dan sebagainya.

“Jangan kerana terlalu sibuk memperjelaskan fitnah dan politik kebencian yang diuar-uarkan pembangkang menyebabkan kita alpa dan menutup kejayaan sebenar yang telah dicipta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pendekatan kita mesti berasaskan kepada prestasi yang kita capai. Kita mesti tunjukkan kepada rakyat sesuatu yang lebih realistik kerana rakyat lebih bijak untuk menilainya,” kata beliau kepada pemberita selepas program ‘retreat’ Ketua-ketua Penerangan UMNO seluruh negara di sini, hari ini.

Beliau berkata jentera Penerangan UMNO bukan sahaja perlu bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun mesti menjauhi sentimen rasa rendah diri yang hanya akan melemahkan parti.


“Selama ini kita banyak disalah ertikan malah dikatakan sebagai rasis. Disebabkan itu, jentera Penerangan UMNO harus terangkan dan perjelas apa itu UMNO dan Barisan Nasional (BN). Siapa kawan sebenar kepada komuniti Cina,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan BN menghadapi kemungkinan pertandingan dua atau tiga penjuru pada PRU14, Annuar berkata jentera parti sentiasa bersedia tanpa mengira perubahan senario politik malah gerak kerja juga bersifat pragmatik.

Katanya, maklumat serta isu yang dibawa semasa sesi mendekati rakyat juga mesti disesuaikan mengikut lokasi selain isu universal mengenai kerajaan harus diterapkan dalam jelajah tersebut. – BERNAMA

Kategori