Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Sabah Catat 165 Kes...

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat penurunan jangkitan COVID-19 dengan hanya 165 kes...

Keputusan Penjarakan Saf Bukan...

BAGAN SERAI : Keputusan penjarakan saf solat bukan 'saja-saja' dibuat oleh kerajaan sebaliknya...

Pasukan Croatia Terima Sambutan...

RATUSAN ribu penyokong turun membanjiri ibu kota Zagreb hari ini untuk meraikan ketibaan...

Wan Azizah Sindir Azmin...

“ELOK la dia (Mohamed Azmin Ali) pergi... tengok mesyuarat ke... mesyuarat biro politik,”...

Kes Pukul Pemandu Hon Masjid: 4 Lelaki Dilepaskan

JOHOR BAHRU – Empat lelaki dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan kejadian di sebuah surau di Taman Austin Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, keempat-empat individu itu ditahan di depan surau berkenaan pukul 1 pagi Sabtu sebelum dibebaskan kira-kira tiga jam setelah keterangan mereka diambil.

“Pihak polis malahan telah bertemu dengan beberapa pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan dan kes tersebut setakat ini sebenarnya berada dalam keadaan terkawal.

“Masyarakat pula bagaimanapun diingatkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan berbentuk provokasi khususnya dalam laman sosial,” kata Wan Ahmad lagi.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar sempena Karnival Sukan dan Pasaria Anjuran Persatuan Kebajikan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.


Semalam, tular dalam laman sosial kejadian membabitkan sekumpulan jemaah menyerang sebuah kereta dipercayai akibat tindakan pemandu yang membunyikan hon semasa jemaah khusyuk menunaikan solat Jumaat.

Ekoran insiden ‘panas’ itu, empat suspek yang masing-masing berumur antara 21 dan 55 tahun ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori