• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Dinaiki Dihanyutkan Dalam Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
05/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Sebuah kereta dinaiki dua wanita dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Kampung Ulu Bendul di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian 4.35 pagi itu, kereta jenis Nissan Sentra yang dinaiki mangsa mengekori jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah ke lokasi kejadian untuk membantu enam mangsa banjir yang terperangkap di kampung berkenaan sebelum kereta itu dihanyutkan oleh arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata ketika jentera dinaiki tujuh anggota meredah banjir untuk ke lokasi kejadian, mereka menyedari kereta mangsa yang mengekori kenderaan mereka dihanyutkan oleh arus deras.

“Menyedari keadaan itu, dua anggota telah terjun menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kereta itu dan kedua-dua mereka selamat dan telah dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ketika itu misi ialah untuk menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap di kediaman mereka selepas rumah mereka dinaiki air sedalam 0.91 meter. Mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat di kediaman mereka telah berjaya diselamatkan termasuk seorang daripadanya ialah Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu, air banjir telah surut dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah. – BERNAMA

Tags: banjir kilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd