• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Renjatan Elektrik Terima Bantuan

oleh AK-47
19/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Derita keluarga Mohamad Hafis Ismail, 28, yang maut terkena renjatan elektrik Selasa lalu, mendapat perhatian majikannya dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah syarikat Soon Lee Heng Enterprise, Tan Lai Heng berkata pihaknya sangat bersimpati dengan nasib yang dialami keluarga mangsa dan tampil secara rela hati bagi membantu keluarga pekerjanya itu.

Beliau berkata pihaknya tampil menemui keluarga mangsa untuk membincangkan bentuk bantuan yang wajar kepada keluarga mangsa.

“Kami masih berbincang dengan bapa mangsa, Ismail Basri, 70, akan bentuk bantuan yang ingin disalurkan kepada mereka.

Sebagai pemilik syarikat dan atas rasa tanggungjawab, syarikat mungkin memberikan sejumlah wang pampasan atau bantuan bulanan kepada keluarga bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarga mangsa, di Parit Mat Ali, Kuala Kurau, dekat sini hari ini.

Pada Selasa lepas, Mohamad Hafis, seorang pekerja kolam udang dan ikan maut selepas terkena renjatan elektrik di kawasan kolam itu di Parit Sungai Melan, di Kuala Kurau.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Cawangan Taiping Rafidah Abdul Rahim turut menyampaikan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dari Perkeso berjumlah RM 1,500 kepada keluarga mangsa.

Menurutnya, menerusi semakan yang dijalankan Perkeso mendapati waris mangsa layak menerima bantuan.

“Selain FPM, ibu dan bapa serta seorang adik mangsa yang berumur 20 tahun, masing-masing bakal menerima bantuan Pencen Penakat namun jumlah belum ditentukan berikutan masih dalam proses pihak kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail melahirkan rasa kesyukuran namun masih bersedih dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya itu. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd