• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadilan Buat Prebet Adam & Almarhum Sultan Iskandar

oleh Ahmad Albab
07/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI yang bertanya mengapa saya mengangkat subjek Prebet Adam Bin Jaafar, seorang lelaki yang pernah didapati bersalah kerana mengamuk di Chow Kit hampir 30 tahun lalu, malah pernah disabitkan membunuh pun!

Jawapannya mudah. Kebenaran tetap kebenaran walaupun ia mengambil masa 1,000 tahun untuk dibuktikan.

Selama 30 tahun Adam difitnah kononnya hendak membalas dendam di atas kematian adiknya sedangkan perkara tersebut tidak pernah timbul sama sekali.

Hakikatnya Adam mengamuk kerana dia menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual yang di luar batas kemanusiaan oleh seniornya di dalam sebuah kem tentera tempat dia bertugas.

Keadilan Buat Prebet Adam & Almarhum Sultan Iskandar

Begitu juga dengan Almarhum Sultan Iskandar. Selama 30 tahun masyarakat dimomok kononnya baginda telah menghayunkan kayu golf ke kepala adik Adam hingga menyebabkan kematian pemuda berkenaan.

Sedangkan insiden itu langsung tidak pernah berlaku, malahan tidak pernah terjadi sama sekali.

Saya mengambil ‘risiko’ untuk menulis buku ini. Ada penerbit yang menolak mentah-mentah cadangan asal untuk membukukan peristiwa tersebut atas alasan tertentu dan saya menghormatinya.

Namun bagi saya, sekali saya menulis, saya tidak akan berpatah balik. Betul, Adam telah melakukan sesuatu yang di luar undang-undang namun persoalannya, kenapa dia jadi begitu?

Buku ini bukan untuk mengangkat Adam sebagai hero atau ‘menghalalkan’ tindakannya tetapi sebagai seorang manusia, dia juga berhak untuk meluahkan apa yang dia rasa setelah hampir 30 tahun memendam rasa.

Dan kita pula tidak berhak untuk terus menghukumnya tanpa mengambil kira ‘faktor tolak dan tarik’ di sebalik peristiwa berdarah di tengah bandar raya Kuala Lumpur tersebut.

Begitu juga Almarhum Sultan Iskandar. Sampai bila kita mahu bersekongkol dengan fitnah dan aib yang menimpa baginda dan Kesultanan Johor selama ini?

Almarhum telah kembali menemui PenciptaNya dan tidak mungkin dapat kembali semula untuk membersihkan namanya.

Jadi kita sebagai insan yang masih diberikan kesempatan untuk bernafas di dunia ini MESTI bertanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran apatah lagi bila kita diberi kesempatan untuk mengetahui cerita sebenar.

Keadilan Buat Prebet Adam & Almarhum Sultan Iskandar

Saya hanya seorang penulis ‘kecil’ dan tak mungkin dapat menyakinkan seluruh masyarakat agar ‘menghadam’ penjelasan hampir 200 muka surat dalam buku ini yang lengkap dengan gambar, dokumen mahkamah bagai.

Namun saya tidak akan berputus asa kerana kalau saya tidak melakukannya sekarang, bilakah pula saya hendak berbuat demikian?

Saya bukan anak Johor untuk membela sultannya. Saya juga bukan ahli keluarga Adam untuk mempertahankan tindakannya.

Tetapi saya adalah manusia yang diberi tanggungjawab oleh Tuhan untuk memperkatakan kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan.

Kepada Allah saya berserah.

SYAHRIL A. KADIR,
Penulis buku KONFESI PREBET ADAM.

NOTA: Atas permintaan luar dugaan khususnya pembaca di luar Lembah Klang tidak dapat hadir di Pesta Buku Antarabangsa KL, pihak Dubook Press kini mula membuka pembelian atas talian melalui www.dubookpress.com.

Harga: RM30 (tidak termasuk caj pos)

Tags: Almarhum Sultan IskandarPrebet Adam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aksi Anak Panda Comel Tunggang Kuda Goyang

Next Post

Gengsterisme: Polis N.Sembilan Sentiasa Pantau Pelajar

Related Posts

Prebet Adam Meninggal Dunia

31/03/2021
0

GEORGETOWN - Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara kerana mengamuk di Jalan Chow Kit,...

Kes Prebet Adam: Ada Pihak Fitnah Arwah Sultan Johor

13/04/2018
0

UMUM maklum, hingga hari ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah tarik balik kenyataan baginda menerusi laman...

Next Post

Gengsterisme: Polis N.Sembilan Sentiasa Pantau Pelajar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd