Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Parlimen Raub Mampu Ditawan...

RAUB - Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Raub yang dimenangi DAP...

Heykal Tak Nak Bekerja...

MELIHAT kepada industri seni lakon kini, pelakon kini dibayar lumayan terutama sekali jika...

Shafie Apdal Jangan Lempar...

Presiden Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menggunakan pendekatan politik melampau.Mendakwa...

Dikritik Buat Iklan ‘Kulit...

BAHARU beberapa jam dimuat naik, iklan rangkaian farmasi Wartson sempena Hari Raya Aidilfitri...

Gengsterisme: Polis N.Sembilan Sentiasa Pantau Pelajar

SEREMBAN – Polis negeri ini sentiasa memantau pelajar sekolah yang terbabit dalam gengsterisme, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata bagaimanapun, setakat ini polis negeri ini tidak menerima sebarang laporan pelajar terbabit dengan gengsterisme.

“Masalah disiplin dalam kalangan pelajar memang ada, namun, setakat ini keadaan masih terkawal. Kita sedang giat mengawasi aktiviti gengsterisme secara dekat untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan (KJP) Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Baru-baru ini, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota Geng 24 menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang, Selangor menjadi tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata penglibatan polis dalam kawasan sekolah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik dalam kalangan pegawai dan anggota polis, diharap dapat membendung masalah salah laku pelajar dan perlakuan jenayah.

“Saya mahu PPS lebih aktif, kreatif dan inovatif dalam menangani masalah disiplin pelajar ke arah melahirkan warganegara yang berdisiplin dan bersahsiah tinggi,” katanya.


Selain itu, katanya pihaknya akan mewujudkan lebih banyak pusat sehenti polis di sekolah untuk menerapkan nilai mematuhi undang-undang dalam kalangan pelajar.

Katanya untuk peringkat awal ini, pusat sehenti berkenaan akan diwujudkan di sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan menghadapi masalah disiplin.

Pada majlis itu, Supt Mohd Shukhairy Abd Sabhe mengambil alih tugas KJP Kontinjen Negeri Sembilan daripada ACP Ab. Rahaman Arsad yang bertukar ke Kontinjen Kedah mulai 8 Mei ini.

Mohd Shukhairy sebelum ini ialah Ketua Pegawai Turus Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman. – BERNAMA

Kategori