• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Prebet Adam: Ada Pihak Fitnah Arwah Sultan Johor

oleh
13/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM maklum, hingga hari ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah tarik balik kenyataan baginda menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers pada 7 April lalu.

Ia mengenai cerita pembohongan kepimpinan negara pada 1987 dalam kes seorang askar dikenali sebagai Prebet Adam atau nama sebenar Adam Jaafar yang mengamuk di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur ketika itu.

Kejadian amuk anggota tentera darat yang mengemparkan seluruh negara itu turut mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang. Kes itu kemudian didakwa konon melibatkan pihak Istana Johor.

Gara-gara kes tersebut, kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada waktu itu telah mengambil langkah meminda perlembagaan yang mengehadkan kuasa raja sekali menghapuskan kekebalan institusi kesultanan.

Tahun lalu, bekas wartawan jenayah terkenal, Syahril A. Kadir bongkar semula kes itu menerusi pelancaran buku tulisannya, Konfesi Prebet Adam sekali gus bersih nama almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang difitnah.

Untuk rekod, baginda diketahui amat lantang menentang rancangan jahat Mahathir yang dikenali sebagai tidak begitu mesra kepada pihak istana tetapi ditohmah aib konon pernah membunuh adik Adam di padang golf.

Susulan kejayaan buku itu laris di pasaran, Tunku Ismail bertitah mengimbau semula pengalaman pahit almarhum nendanya diburuk-burukkan pentadbiran perdana menteri pada waktu tersebut ketika mengulas isu politik semasa.

“Media pernah mengeluarkan kenyataan konon prebet Adam mengamuk apabila dapat tahu adiknya dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Walhal dia tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang sudah meninggal dunia.

“Adiknya itu ketika berumur 2 tahun maut dalam tragedi rumah terbakar. Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau bercerita kepada saya yang beliau berjumpa Prebet Adam.

“Ia cerita bagaimana dipaksa sepanjang 10 hari dalam bilik sel yang gelap oleh polis untuk mengaku konon Sultan Johor bunuh adiknya. Inilah sanggup dilakukan kepimpinan tertinggi ketika itu demi dapat kuasa sepenuhya.”

Baca: Keadilan Buat Prebet Adam Dan Almarhum Sultan Iskandar

Juga: Pelancaran Buku ‘Amok At Chow Kit’ Rungkai Segala Rahsia

Pada Khamis, keluarga Prebet Adam yakni adiknya Hawa Jaafar di Pulau Pinang tampil mengadakan sidang akhbar untuk memohon maaf kepada Tunku Ismail kerana keluarga baginda terpalit akibat fitnah melibatkan kes abangnya.

Mereka turut menafikan dakwaan jahat pihak tertentu sebelum ini kononnya seorang adik mereka dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor tersebut ketika pernah berkhidmat sebagai kedi golf kepada baginda di istana.

Hawa seterusnya berkata bahawa mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

“Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 1987 kerana masalah di tempat kerja dan ia memang tidak ada kena mengena pun dengan dakwaan adik kami dibunuh. Semua adik beradik kami masih hidup.

“Hanya seorang saja sudah meninggal dunia pada 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah,” katanya. Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik itu berkata, mereka tidak pernah mengenali keluarga kerabat Johor.

Malah wanita berusia 53 tahun itu mendakwa, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit dan berkata: “Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa.”

Soalnya sekarang kenyataan Tunku Mahkota Johor mengenai pembohongan itu adalah serius. Siapa hendak jawab untuk memberi gambaran sebenar mengenai kes itu yang jelas mengubah sistem pemerintahan beraja di Malaysia.

Apakah Mahathir sedia memberi penjelasan atau sekadar menjawab ‘saya tidak tahu’? Sebagai bekas perdana menteri pada waktu kejadian, semua pihak kini sedang teropong ke arah dirinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Prebet AdamSultan Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd