• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Tingkat Saringan Pemegang Kad UNHCR

oleh Ahmad Albab
13/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan lebih berwaspada dalam mengeluarkan kad khas kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), berikutan suruhanjaya dunia itu enggan bekerjasama memberikan maklumat tepat mengenai jumlah sebenar pelarian di negara ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata KDN mengambil langkah sedemikian bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini daripada sebarang ancaman yang membahayakan mereka.

Berikutan itu, katanya, KDN menggunakan kaedah saringan Konsep Bukti atau ‘Proof of Concept’ (POC) untuk menyaring latar belakang pelarian berkenaan sebelum mengeluarkan kad khas itu.

“Kad (khas) hanya akan dikeluarkan oleh KDN dengan ia diiktiraf oleh pihak-pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memudahkan urusan pemeriksaan latar belakang pemegang kad UNHCR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penjenamaan Semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas kepada SMK Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata KDN sedang mengenal pasti jumlah pemegang kad UNHCR sebenar kerana adanya pertambahan pelarian ke negara ini, yang dibimbangi menjadi laluan masuk pihak tidak bertanggungjawab.

Sehingga kini, katanya dianggarkan kira-kira 160,000 pemegang kad UNHCR memasuki negara ini namun bilangan itu tidak sepadan dengan jumlah mereka yang menetap di negara ini.

“Proses untuk mendapatkan kad (UNHCR) tidak melibatkan KDN… ini menjadi kerisauan kita. UNHCR mahu kita hormat kad yang mereka keluarkan tetapi pada masa sama enggan memberi kerjasama kepada kita.

“Pelarian ini juga didapati tidak bergaul dengan masyarakat dan lebih gemar membentuk komuniti mereka sendiri yang terasing daripada pihak berkuasa,” katanya.

Semasa mengulas laporan ramai warganegara China erkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kerana ditipu ejen pekerjaan projek Forest City, Nur Jazlan berkata siasatan awal Jabatan Imigresen Johor mendapati mereka terpedaya dengan sindiket jenayah terancang.

“Oleh itu, kita telah minta mereka tampil dan kita akan hantar pulang. Kita tidak mahu rakyat China tersadai di sini.

“Mereka juga tidak dibenarkan bekerja di mana-mana syarikat atau projek lain kerana mereka bukan satu daripada sumber tenaga kerja di negara ini,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan MohamedUNHCR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UNHCR Sedih 2 Tahanan Maut, Bimbang Kejadian Lolos Depoh Imigresen

UNHCR Sedih 2 Tahanan Maut, Bimbang Kejadian Lolos Depoh Imigresen

08/02/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyuarakan kebimbangan mengenai insiden rusuhan di Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor,...

Polis Tahan 4 Lelaki Terbabit Sindiket Jual Air, Daun Ketum

02/04/2022
0

BALIK PULAU: Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual air ketum selepas menahan empat lelaki bersama 420 bungkus air ketum dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd