Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

PRU14: Tengku Puan Pahang...

PEKAN - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan untuk...

Najib Mahu MCA Hentikan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin MCA...

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

Dira Abu Zahar Nafi...

SEBELUM ini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon Dira Abu Zahar telah...

Mangsa Banjir Di Temerloh Meningkat 116 Orang

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Temerloh setakat pukul 9 pagi ini meningkat kepada 116 orang berbanding 96 orang malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Zainal Yusoff berkata kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Pasu, Kuala Krau, Kuala Gandah dan Kampung Asli Sungai Enggang.

“Mereka ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara iaitu di Surau Kampung Penderas (15 orang), Dewan Orang Ramai Kampung Pasu (64 orang) dan Surau Sok Mek (21 orang).

“Enam belas orang lagi dari Kampung Orang Asli Sungai Enggang yang turut terjejas dengan kejadian banjir ini berpindah ke rumah saudara mara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Bagaimanapun, katanya, keadaan banjir di Kampung Pasu, Penderas, Kuala Krau semakin pulih dan air telah surut di kebanyakan tempat.

Zainal berkata pusat pemindahan dijangka ditutup tengah hari ini sekiranya keadaan bertambah baik. – BERNAMA

Kategori