• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Perlu Kreatif Hadapi PRU14, Cabaran Media Sosial

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) perlu lebih kreatif dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengharungi pelbagai cabaran termasuk kewujudan media sosial dan teknologi baharu pada masa kini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata selain bersemuka dengan rakyat dalam meyakinkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan sedia ada, jabatan berkenaan turut berperanan memberi penjelasan terus kepada orang ramai melalui media sosial.

“Masyarakat kini mudah mengakses sebarang berita menggunakan teknologi di hujung jari tanpa menyelidik kebenaran dan kesahihannya. Peluang ini yang diambil oleh pihak pembangkang untuk memutarbelitkan fakta, melakukan fitnah dan menyampaikan maklumat tidak tepat demi meraih keuntungan politik.

“Kita harap Jasa dapat membetulkan persepsi negatif rakyat yang telah diracuni pihak pembangkang, selain ‘Cyber Troopers’ Jasa perlu lebih aktif dalam menangkis pembohongan pihak tersebut di media sosial kerana kita khuatir gejala berita palsu akan terus berleluasa di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Kebangsaan Jasa 2017 di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Jailani berkata jabatan berkenaan harus terus bekerja keras bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dengan mengekalkan pemerintahan sedia ada selain mendapatkan kembali kemenangan majoriti 2/3 dalam Parlimen pada PRU14 kelak.

Beliau berkata dalam mengekalkan pemerintahan sedia ada, pihak pembangkang sentiasa berusaha memburuk-burukkan apa jua usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) demi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat bagi membolehkan mereka mendapat sokongan politik.

“Lihat sahaja tularan media sosial mereka, pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada BN dan pembohongan serta putar belit fakta yang dilakukan mereka penuh dengan keyakinan sehingga mampu mempengaruhi pemikiran rakyat.

“Kita akui, PRU14 cukup getir dan pihak pembangkang bersedia melakukan apa sahaja, justeru warga Jasa perlu membuat persediaan yang lebih mencukupi bagi menghadapi situasi yang disifatkan ‘peperangan besar’ ini,” katanya.

Menurut beliau Jasa berperanan penting meyakinkan orang ramai agar mereka tidak termakan tohmahan dan janji-janji kosong pihak pembangkang kerana ia ibarat mempertaruhkan masa depan negara kepada satu kelompok yang inginkan kuasa semata-mata.

Katanya, impak media sosial sangat besar kepada masyarakat pada masa kini, sehubungan itu dalam menyampaikan penerangan kepada masyarakat, jabatan berkenaan juga perlu selangkah ke hadapan seiring dengan motonya ‘Memimpin Pendapat Rakyat’ bagi memacu dan menggerakkan penyebaran maklumat secara tepat dan cepat. – BERNAMA

Tags: media sosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya, Ucap Terima Kasih Kepada Warga Merlimau

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran dimuat naik Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial malam ini mencetuskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd